BOLA SEPAK
Piala AFF: Tiket Malaysia lawan Thailand sudah habis
Tiket perlawanan separuh akhir Piala AFF 2022 yang menemukan Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini laris bagai goreng pisang panas.
Kesemua 59,000 keping tiket habis terjual sehari selepas jualan dibuka menerusi pembelian secara dalam talian.
Pengesahan jualan tiket sudah habis itu dibuat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi laman Facebook hari ini.
Iklan
“Sold Out!. 59,000 tiket habis terjual. Terima kasih kepada penyokong Harimau Malaya yang telah membeli tiket bagi menyaksikan perlawanan Separuh Akhir 1, Malaysia lwn Thailand.
“Tiada lagi sebarang penjualan tiket tambahan, sama ada secara dalam talian atau di kaunter tiket stadium.
“Jumpa di Bukit Jalil, Sabtu ini!,” kata kenyataan tersebut.
Tiket itu dijual pada harga RM30 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak 6-12 tahun) bagi tempat duduk Terbuka, RM50 bagi tempat duduk Premium dan RM60 bagi tempat duduk Grandstand.
Kredit: Sinar Harian
Must-Watch Video