Pertahanan yang membantu Harimau Malaya menjulang Piala AFF edisi 2010, Razman Roslan, memuji corak permainan menghiburkan yang ditonjolkan anak buah Kim Pan-gon di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Malaysia menumpaskan Singapura 4-1 menerusi dua jaringan Stuart Wilkin selepas Daren Lok terlebih dahulu memecah kebuntuan perlawanan sebelum Sergio Aguero menambah derita pelawat, sekali gus melolosi Kumpulan B selaku naib juara.
Keyakinan untuk mara dilaungkan lebih awal oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu dalam sidang media pra-perlawanan, malah dia sempat menegaskan Malaysia akan kekal dengan falsafah menyerang yang diterapkannya.
"Dengan corak permainan memberikan tekanan awal di bahagian depan, tidak kira pasukan yang lebih baik atau kurang, Malaysia akan (tetap) dengan gaya permainan seperti ini.
"Ini satu kejayaan, benda baik kena teruskan.
"Apabila melakukan tekanan awal, Malaysia dapat tiga gol daripada bagi saya sesuatu yang menakjubkan.
"Bukan sahaja menang, sangat positif, sangat berpuas hati dan sangat menghiburkan," katanya sebagai tetamu di Astro Arena malam tadi.
Dalam masa sama, Norshahrul Idlan Talaha, bukan sahaja kagum dengan persembahan yang ditonjolkan termasuk semangat juang hingga tamat perlawanan apabila dibuktikan menerusi gol Aguero pada minit ke-88.
"Apabila selalu memberi tekanan kepada pertahanan Singapura, ini kelebihan buat negara.
"Dalam sekelip mata, Stuart Wilkin dapat melakukan rembatan ke arah gol. Ini kelebihan kita untuk mencari lagi gol.
"Jaringan yang tidak disangka-sangka menunjukkan bahawa pemain kita selagi boleh menjaringkan gol, mereka mahukan bekalan selesa," katanya.