Masalah kecederaan dan kegagalan bersaing merebut posisi adalah penyebab utama tiga pemain negara, Azrif Nasrulhaq, Nor Azam Azih dan Azzizan Nordin digugurkan daripada kem kebangsaan bagi persediaan Piala AFF 2018.
Ramai yang tertanya-tanya mengapa Azam gagal berada dalam radar jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, tatkala pemain Pahang berkenaan dilihat antara yang konsisten dalam pasukan.
Cheng Hoe enggan mengambil risiko melibatkan kecergasan Azam yang tidak berada di tahap terbaik dengan kecederaan yang dialami memaksa pemain tengah tersebut bergantung dengan perubatan setiap kali turun ke padang.
Hal yang sama juga berlaku kepada tonggak Sabah, Azzizan, sehingga tersisih daripada senarai 23 pemain.
"Azzizan tidak sempat pulih daripada kecederaan pergelangan kaki sementara Azam masih bergelut dengan masalah hamstring.
"Azrif pula terpaksa digugurkan kerana mengambil masa untuk menyesuaikan diri dalam pasukan," katanya.
Azrif gagal menepati kecergasan yang dimahukan Cheng Hoe dan aksi persahabatan terakhir yang menampilkannya dalam kesebelasan utama ketika menentang Maldives nampaknya gagal digunakan sebaiknya oleh tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) itu.
"Kami masih boleh membuat pertukaran pemain sebelum sepak mula bertemu Kemboja (Khamis depan).
"Pintu buat ketiga-tiga pemain ini masih lagi terbuka (untuk menyertai Piala AFF)," katanya.