BOLA SEPAK

Piala AFF: Fazly Mazlan selesa barisi pertahanan kiri Harimau Malaya

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
17/12/2022
12:50 MYT
Sponsor Banner
Piala AFF: Fazly Mazlan selesa barisi pertahanan kiri Harimau Malaya
Pertahanan negara, Fazly Mazlan, 29, menegaskan keberadaannya skuad Harimau Malaya menjelang bukan sekadar pelengkap jadual kempen Piala AFF 2022.
Dia merupakan antara tunjang fasa awal penjenamaan baru Johor Darul Ta'zim (JDT) termasuk kejayaan Piala AFC pada 2015, tetapi beberapa siri kecederaan dan kejatuhan prestasi menyaksikannya berhijrah ke Sri Pahang dan kini Selangor.
"Kami sedang buat persiapan yang agak baik.
"Pada awalnya memang susah nak sesuaikan diri sebab berbeza dengan kelab masing-masing.
"Tapi selepas berminggu-minggu kami makin serasi dan (kami) bersedia dengan Piala AFF," katanya dalam sesi latihan terbuka untuk media, hari ini.
Dia berpeluang menambat hati ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon, selepas membantu negara mencipta kemenangan 4-0 ke atas Kemboja dalam perlawanan persahabatan negara, minggu lalu.
Fazly turut menjelaskan dia kian selesa untuk mengisi posisi pertahanan kiri skuad Malaysia berikutan ketiadaan Dion Cools.
"Saya dah biasa bertahan. Bila dapat formasi macam ini, pada mulanya agak susah sebenar sebab saya lebih kepada sebelah sayap.
"Jadi dapat posisi baru macam ini boleh saya tambah ilmu untuk tambah majukan karier saya," katanya.
Skuad akan bertandang ke Myanmar dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B Rabu ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video