Skip to main content

Bola Sepak

Piala AFF: Faisal tekad bantu Malaysia atasi Indonesia

faisal.jpg
Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim, mahu memastikan perlawanan menentang Indonesia dalam saingan Piala AFF Ahad ini bukan aksi terakhir buat dirinya.

Pemain skuad Peteh itu tekad membantu skuad negara mencipta kemenangan untuk meneruskan kemaraan ke separuh akhir.

Faisal yang kembali menyertai pasukan sejurus selesai menjalani tempoh kuarantin wajib, mengakui semangatnya semakin membara setelah terlepas tiga perlawanan akibat keputusan positif COVID-19.

Mesra disapa Mickey, Faisal menghadapi dugaan besar dalam kariernya apabila positif COVID-19 sebelum aksi pertama bertemu Kemboja awal bulan ini.

Tonggak Terengganu FC itu kemudian terpaksa menjalani proses kuarantin selama 10 hari sekaligus turut terlepas dua perlawanan menentang Laos dan Vietnam.

Kembali menyertai aktiviti pasukan Isnin lalu, pemain sayap lincah itu mengakui sudah bersedia 100 peratus untuk diturunkan bagi membantu perjuangan Harimau Malaya. 

Faisal antara pilihan terbaik di posisi sayap berdasarkan persembahan mantap dipamerkan selaku pemain yang beraksi dalam semua 22 perlawanan Liga Super musim ini.
 

Advertisement

Must Watch Video