Skip to main content

Bola Sepak

Piala AFF: Cheng Hoe mahu Malaysia tingkatkan persembahan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

45610242_1899305490166206_4544835269076975616_n.jpg
Selepas barisan negara sekadar menampilkan aksi sederhana berdepan Kemboja semalam, pengendali negara, Tan Cheng Hoe, mengakui peningkatan segera diperlukan untuk aksi kedua Piala AFF berdepan Laos, Ahad ini.

Di atas kertas, Malaysia wajib melakar kemenangan ke atas Laos dalam aksi kedua Kumpulan A.

Kemenangan akan membolehkan skuad negara meraih enam mata sebelum aksi ketiga berdepan Vietnam dan Cheng Hoe menyedari situasi itu.

"Malaysia perlu meneruskan momentum ini dan aksi berdepan Laos amat penting buat kami. Kami akan cuba meraih kemenangan bagi meletakkan Malaysia dalam kedudukan yang lebih baik," katanya.

Cheng Hoe turut mengakui, pemain sayap, Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh, mampu menyerlahkan persefahaman lebih baik.

Bagaimanpun, Cheng Hoe berasakan ia bukan masalah buat Safawi yang bermain di sebelah kiri ketika aksi berdepan Kemboja.

"Safawi dan Sumareh boleh beraksi di kedua-dua sayap dan saya yakin mereka mampu menampilkan persembahan yang lebih berkualiti nanti."

Advertisement

Must Watch Video