Skip to main content

Bola Sepak

Piala AFF: Cheng Hoe harap tuah di Kallang

tch.jpg
Jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe, mengharapkan Stadium Nasional Singapura mampu memberi tuah kepada skuad Harimau Malaya untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala AFF 2020.

Ini apabila pasukannya akan turun buat kali pertama di stadium yang terletak di Kallang itu setelah beraksi tiga perlawanan di Stadium Bishan.

Venue berkenaan pernah menjadi memori manis buat skuad kebangsaan menerusi kejayaan menundukkan Singapura 3-1 pada edisi 2014 untuk mara ke separuh akhir.

Mengulas mengenai percaturan taktikal, Cheng Hoe mengambil pendekatan rahsia sekali pun mengakui sudah mempunyai bayangan kesebelasan utama untuk misi wajib menang berdepan skuad Garuda.

Ini termasuk penggempur yang akan dipertaruhkan membabitkan Luqman Hakim Shamsudin atau penyerang naturalisasi sensasi negara, Guilherme de Paula.

Advertisement

Must Watch Video