Malaysia terlepas kumpulan maut tetapi akan kembali berhitung dengan Indonesia, kali ini di peringkat B- 23, Piala AFF.
Dalam majlis undian hari ini,11 pasukan akan berentap dalam saingan kali ini yang akan dipecahkan kepada tiga kumpulan.
Kumpulan A dibarisi tuan rumah, Kemboja, Timor Leste, Filipina dan Brunei Darussalam.
Menariknya dalam Kumpulan B, Malaysia dan Indonesia melanjutkan perseteruan nusantara diiringi Myanmar dan Laos.
Sementara itu, Kumpulan C dilabel pasukan maut apabila mengetengahkan Thailand, Vietnam serta Singapura.
Ketua jurulatih skuad muda negara, Brad Maloney, mengakui bukan laluan mudah buat Malaysia dalam kempen itu yang bermula 14 Februari depan.
Biarpun melakar kejayaan dalam saingan kelayakan Piala Asia Oktober lalu, Maloney enggan memandang rendah kekuatan lawan, terutama Indonesia yang mempunyai barisan pemain muda yang semakin menyinar.
Apatah lagi, pertemuan terakhir menentang Laos di Mongolia, dua bulan lalu, menyaksikan Malaysia hanya menang tipis 1-0.
"Sekarang bukan mudah untuk berdepan pasukan di Asia Tenggara.
"Kebanyakan pasukan memiliki ramai pemain muda yang bagus selain mengeluarkan belanja besar untuk membentuk pasukan di peringkat umur sebegini.
"Mereka berpusat di Eropah dalam beberapa bulan dan mencurahkan masa dan usaha tinggi.
"Jadi sudah pasti persaingan yang kami hadapi bukan mudah, tetapi sudah tentunya kami akan berikan usaha demi masa depan, katanya di Nadi Arena.
Tarikh panggilan ke kem latihan pusat akan diputuskan selepas perbincangan di antara Maloney bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), dan jurulatih dari Australia itu menagih tempoh empat minggu persiapan.