Skip to main content

Bola Sepak

Piala AFC: KL City ke separuh akhir Zon ASEAN selepas tewaskan Tampines Rovers

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

paulo-josue.jpg
KL CITY 2 TAMPINES ROVERS 1

Kuala Lumpur City FC layak ke separuh akhir Zon ASEAN, Piala AFC selepas menewaskan Tampines Rovers 2-1 di Stadium KLFA, Cheras sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan KL City bergelar naib juara Kumpulan H dan hanya dibezakan satu jaringan dengan PSM Makkassar, sekali gus akan bertemu juara Kumpulan I, Viettel (Vietnam), dalam perlawanan separuh akhir itu pada 10 Ogos depan.

Aksi di Cheras menyaksikan The City Boys terlebih dahulu berada di depan hasil gerakan licik ketua pasukan, Paulo Josue, pada minit ke-16.

Pemain berusia 33 tahun itu kemudian menggandakan kelebihan tuan rumah menerusi satu sepakan voli gemilang dari luar kawasan penalti pada minit ke-21.

Bagaimanapun, kelab Singapura, Tampines, mencetuskan kebimbangan apabila Boris Kopitovic merapatkan jurang pada minit ke-37 tetapi kedudukan itu tidak berubah sehingga ke wisel penamat untuk KL City meneruskan kemaraan ke pusingan berikutanya.
 

*Kredit Foto: Kuala Lumpur City FC

Advertisement

Must Watch Video