PIALA AFC
Piala AFC: Gol lewat sekat hajat tiga mata Terengganu
CENTRAL COAST MARINERS 1 TERENGGANU 1
Kecemerlangan penjaga gol, Suhaimi Husin, dan barisan pertahanan hampir sepanjang permainan belum cukup untuk Terengganu FC melunaskan hajat memimpin Kumpulan G.
Terengganu akan terus memberi tekanan kepada kelab Australia itu menjelang aksi terakhir Kumpulan G berdepan Bali United, 13 Disember depan.
Iklan
Sang Penyu turun dengan misi mencari kemenangan di Cetral Coast Mariners memintas lawan untuk ke pusingan kalah mati Piala AFC, sebentar tadi.
Ketua jurulatih skuad Peteh, Tomislav Steinbruckner, berdepan tugas sukar dalam meletakkan percaturan terbaiknya selepas tempang di bahagian pertahanan selain hanya membawa empat pemain simpanan sahaja termasuk penjaga gol dalam kunjungan kali ini.
Terengganu diasak hebat sebaik wisel pertama dan berhasil mengikat kedudukan 0-0 memasuki bilik persalinan.
Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob, bagaimanapun, mencipta kejutan apabila memberi pelawat gol pendahuluan dari sudut sukar pada pada minit ke-53.
Gerakan yang berpunca daripada sepakan penjuru itu ditanduk ke dalam oleh Engli Shakir walaupun cuba dikeluarkan oleh pertahanan, Jacob Farrell, yang sebelum itu sempat bertelagah dengan Ivan Mamut.
Begitupun, benteng kebal yang dibina Terengganu roboh pada pada minit ke-87 menerusi penyudah Miguel Di Pizio di dalam kotak penalti.
Must-Watch Video