Skip to main content

Bola Sepak

Peter Cklamovski tak salah -- Annuar Musa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cklamovski.jpg
'Peter Cklamovski tidak melanggar Artikel 91' 

Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa, memilih untuk lebih memahami konteks yang cuba disampaikan jurulatih kebangsaan ketika sidang media pascaperlawanan Harimau Malaya menentang Laos, semalam.

Ramai yang beranggapan bahawa Cklamovski sudah melanggar perlembagaan majikannya sendiri, yang pada mata kasar orang ramai jelas jurulatih kelahiran Australia itu sedang memberi imej buruk kepada FAM.

Bagi bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu, situasi tersebut sama sekali tidak berlaku.

 

"Dalam ayat-ayatnya itu, dia menerangkan justifikasi dan mengucapkan terima kasihnya kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang banyak membantu pasukan negara.

"Kemudian, baru dia menyelitkan peristiwa yang berlaku bukanlah salah TMJ, tetapi salah FAM.

"Itu adalah fakta yang FAM akui.

"Saya nampak tiada niat nak memburukkan FAM, dan tidak melanggar statut 91, selain menyebut perkara yang FAM akui," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Penerangan awal yang diluahkan Cklamovski berhubung penglibatan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, adalah kenyataan yang umum ketahui.

"Umum mengetahui banyak peranan yang dimainkan Pemangku Sultan Johor itu.

"Dalam hubungan ini, secara jujurnya saya perhatikan bola sepak Malaysia banyak dibantu TMJ.

"Tidak ramai individu sama ada sebelum atau selepas memegang jawatan sanggup memberikan pelbagai bentuk bantuan atau sokongan moral dan material bagi mengukuhkan pasukan kebangsaan," tambahnya. 

Annuar Musa antara pemimpin FAM yang pernah menjalani hukuman penggantungan selama dua tahun pada 2012, menerusi perlembagaan FAM di bawah Artikel 91 selepas mengkritik skuad kebangsaan.

Untuk rekod, Artikel 91 dahulu dikenali sebagai Artikel 88 yang telah dipinda pada 2023. 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video