Skip to main content

Bola Sepak

Peter Cklamovski hadir ke SSI pantau perkembangan pemain negara

cklamovski-2025.jpg
Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski, hadir ke Stadium Sultan Ibrahim bagi memantau aksi separuh akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu.

Susulan telah diperkenalkan secara rasmi sebagai ketua jurulatih negara, Cklamovski memulakan usaha untuk meningkatkan mutu pasukan dengan turun menyaksikan perkembangan pemain negara. 

Menerusi video yang dimuatnaik wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, kehadirannya di SSI memantau prestasi pemain negara menjelang saingan Kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal Mac ini.
 
 

Advertisement

Must Watch Video