Skip to main content

Bola Sepak

Pestabola Merdeka 2024: Zainal Abidin, Azman Adnan beri kata dua buat penyerang Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zainal-abidin.jpg
Skuad Harimau Malaya mempunyai barisan terbaik di barisan hadapan untuk menghadapi perlawanan Separuh Akhir 1, Pestabola Merdeka 2024 bertemu Filipina di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Rabu depan. 

Menurut bekas penyerang negara, Datuk Zainal Abidin Hassan, lagi-lagi kelibat empat hingga lima penyerang tulen dalam skuad kebangsaan menjadi perkara positif.

Walaupun situasi itu tentunya membuatkan jurulatih negara, Pau Marti, 'pening kepala' untuk memilih tonggak yang akan mengetuai jentera serangan.

"Inilah satu posisi yang paling penting dan akan memberikan bahaya kepada pasukan lawan. Kita mempunyai Darren Lok dan Paulo Josue tetapi saya bangga melihat Haqimi Azim yang kembali kerana dia bermain dengan baik dalam saingan liga, begitu juga dengan kehadiran Syafiq Ahmad.

"Kita mempunyai pilihan, saya harap semua pemain penyerang dapat menjalankan tugas dengan baik. " kata Zainal yang pernah menjuarai Pestabola Merdeka 1986.


 


Selain Darren Lok, Paulo Josue dan Romel Morales, skuad negara juga memiliki Syafiq Ahmad dan Haqimi Azim Rosli untuk dijadikan sandaran sebagai penggempur utama.

Sememangnya, situasi ini berbeza berbanding kem latihan pusat terdahulu menyaksikan skuad negara kurang pilihan di posisi berkenaan.

"Sebagai pemain kita perlu berfikiran positif untuk menjadi lebih baik dalam setiap perlawanan.

"Sebagai pemain perlu sentiasa bersedia jika ada peluang dan mampu menjaringkan gol. " kata seorang bekas penyerang handalan negara, Azman Adnan, yang menjuarai Pestabola Merdeka 1993.


 

Advertisement

Must Watch Video