Lapan pemain baharu yang kembali disenaraikan ialah penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Arif Aiman Mohd Hanapi, Romel Morales, Afiq Fazail, Azam Azmi Murad, Darren Lok, Harith Haiqal Adam Afkar dan Syafiq Ahmad dengan pemain akan menyertai latihan pusat bermula Khamis pada 29 Ogos 2024.
SENARAI 26 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT HARIMAU MALAYA MENJELANG PESTABOLA MERDEKA 2024
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 21, 2024
▶️ Baca penuh siaran media ini di https://t.co/DV4a3Xz6zk#FAM #HarimauMalaya #PestabolaMerdeka2024 pic.twitter.com/hJdKHqGU76
Antara nama yang mencuri tumpuan adalah Harith Haiqal Adam Afkar dan Muhammad Adib bin Abdul Ra'op yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Skuad negara bakal berdepan cabaran Filipina dalam aksi pertama Pestabola Merdeka 2024 dengan satu lagi perlawanan menyaksikan Lubnan menentang Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 4 September.
Dalam pada itu, Juan Torres Garrido, diumumkan secara rasmi sebagai penolong jurulatih Harimau Malaya, untuk membantu Pau Marti bermula dengan saingan Pestabola Merdeka bulan depan.