Penjaga gol PKNP FC, Ahmad Asyraaf Omar, bertekad membantu pasukannya meraih keputusan cemerlang bertemu Felda United dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia walaupun masih bersedih dengan kehilangan ibunya baru-baru ini.
Asyraaf tidak beraksi dalam aksi menentang Negeri Sembilan di Paroi, Sabtu lalu, ekoran terpaksa bergegas pulang ke Ipoh sehari sebelum perlawanan kerana ibunya, Azlina Li, meninggal dunia akibat kanser usus.
Memberi kesan yang mendalam kepada dirinya, penjaga gol berusia 23 tahun ini, bagaimanapun, enggan membenarkan situasi itu mempengaruhi aksinya berdepan The Fighters, malam esok.
"Saya reda dengan apa yang berlaku kepada ibu saya. Cuma saya ingat pesanan ibu untuk bermain bersungguh-sungguh.
"Saya sudah bersedia dan mahu membalas kepercayaan jurulatih, jadi saya akan berikan yang terbaik," jelas Asyraaf.
Sementara itu, pengendali, Abu Bakar Fadzim, berkata pihaknya tiada tekanan dalam menghadapi Felda.
"Kami sedar akan berdepan tekanan dan tentangan yang kuat daripada kualiti pemain lawan yang baik. Kami akan mempamerkan aksi penuh disiplin," ujar Abu Bakar.
Sementara itu, skuad PKNP dilanda cemas apabila penyerang, Shahrel Fikri Fauzzi, ditimpa kecederaan ketika sesi latihan di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, hari ini.