BOLA SEPAK MSIA
Perubahan besar akan berlaku dalam Harimau Malaya -- Nooa Laine
Pemain tengah Harimau Malaya, Nooa Laine, percaya perubahan besar akan berlaku berdasarkan proses revolusi yang sedang giat berjalan ketika ini buat pasukan negara.
Menurutnya, revolusi tersebut menjadi petanda yang baik buat pasukan negara dalam menjadi sebuah skuad yang lebih mantap dan kuat pada masa akan datang.
"Sudah tentu ada perubahan besar akan berlaku dan ia sesuatu yang bagus buat bola sepak Malaysia dan pasukan kebangsaan.
Iklan
"Saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada pasukan dan berharap saya dapat menjadi sebahagian daripadanya," katanya.
Projek revolusi Harimau Malaya yang dicetuskan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bakal membuka lembaran baharu kepada proses meningkatkan prestasi skuad negara di pentas antarabangsa.
Beberapa jawatan penting diwujukan dalam pasukan kebangsaan dengan pelantikan Robert Friend selaku Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya dan Dr Craig Duncan dari Australia sebagai Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan pasukan kebangsaan.
Peter Cklamovski pula dilantik sebagai pengendali baharu Harimau Malaya dan bekas jurulatih Kedah, Nafuzi Zain pula mengemudi skuad bawah 23 tahun (B-23).
Dalam pada itu, Laine turut percaya dengan kredibiliti dimiliki Cklamovski yang memiliki reputasi untuk memacu pasukan negara.
"Beliau sememangnya individu untuk memimpin kami sebagai satu pasukan dan mengubah pasukan negara supaya dapat berjaya pada masa depan," ujarnya.
Must-Watch Video