Skip to main content

Bola Sepak

'Pertama dalam sejarah', legenda Jepun, Keisuke Honda tidak sabar bertemu Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

honda.jpg
'Perlawanan pertunjukan pertama dalam sejarah', itu reaksi legenda bola sepak Jepun, Keisuke Honda yang juga merupakan pengasas bersama Asia Warriors apabila mengklasifikasikan perlawanan bertemu Selangor sebagai yang pertama dalam sejarah.

Kebiasaannya, perlawanan amal atau pertunjukkan menemukan dua pasukan yang sama status -- bekas pemain mahupun melibatkan pempengaruh.

Namun, kelainan perlawanan pertunjkkan itu apabila Asia Warriors bakal bertemu pasukan elit Selangor yang menjadikan aksi itu sebagai medan persediaan mengharungi musim baru Liga Super Ogos hadapan.

"Kami amat teruja untuk berdepan Selangor FC iaitu salah satu pasukan kuat di Malaysia. Walaupun ia hanya aksi pertunjukan, tapi kami akan memberikan perlawanan yang terbaik buat penonton," kata Honda.

Antara bintang yang memperkuat Asia Warriors, bekas pemain Selangor, Razman Roslan, Indra Putra Mahayuddin, Anton del Rosario dan Baihakki Khaizan.

Selangor bakal bertemu pemain legenda di rantau Asia dalam aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya 26 Julai hadapan.


 

Advertisement

Must Watch Video