Menerusi hantaran tersebut, beliau menyuarakan pandangannya dalam nada sinis akan situasi yang berlaku dalam kalangan para pemain. Beliau berpendapat bahawa situasi ini agak melucukan apabila terdapat individu yang bukan dalam kalangan barisan pemain timnas Indonesia kini cuba untuk melobi dan berlumba-lumba untuk mewakili pasukan kebangsaan.
pelan pelan cak Hubner
— Riweh (@Riweh_Banget) June 14, 2024
"sebelumnya tidak ingin bermain untuk indonesia dan sekarang mereka melihat kami berbuat baik dan mereka ingin bergabung ? "
Orang lucu#TimnasDay pic.twitter.com/AHItr0FXR6
Hal ini terjadi kerana mungkin sebelum ini di antara mereka tiada keterujaan untuk mewakili pasukan kebangsaan namun ianya berubah setelah peningkatan dan persembahan yang ditunjukkan terutamanya selepas kempen Piala Asia 2023 dan kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 baru-baru ini.
Untuk rekod, persembahan pasukan timnas Indonesia boleh dikatakan cemerlang apabila layak ke pusingan kalah mati di Piala Asia 2023 dan berjaya menduduki tempat kedua kumpulan dalam kempen kelayakan baru-baru ini sekaligus menempah tiket ke Pusingan ke 3 Kelayakan Piala Dunia 2026 dan slot ke Piala Asia 2027.