BOLA SEPAK
Persiapan Harimau Malaya penting menjelang Piala Asia 2023, kata Arif Aiman
Sensasi Harimau Malaya yang meledak sembilan gol dalam babak kedua bertunjangkan kualiti penyudah luar biasa jentera serangan yang diterajui Arif Aiman Hanapi serta Paulo Josue.
Kemasukan bintang Pemain Paling Bernilai Kebangsaan yang mewakili Johor Darul Ta'zim (JDT) itu memberi dimensi baru selain memahat sejarah muncul pemain termuda yang menjaringkan empat gol dalam sesebuah perlawanan persahabatan antarabangsa ketika menumbangkan Papua New Guinea 10-0, malam tadi.
"Saya amat teruja jaringkan hatrik pertama bersama skuad kebangsaan.
Iklan
"Setiap perlawanan adalah penting untuk kami bertanding dalam Piala Asia (di Qatar)," katanya selepas perlawanan itu.
Turut mencuri tumpuan, kelibat ketua pasukan Kuala Lumpur City, Josue, yang terus membuktikan statusnya selaku pemain naturalisasi sebagai satu langkah yang berbaloi.
Biarpun beraksi di posisi penyerang utama, dia berkongsi rahsia di sebalik penampilan menakjubkannya di Kuala Terengganu.
"Jurulatih tuntut saya agar berada dekat dengan pertahanan kerana tidak gemar penyerang turun ke bahagian tengah.
"Jadi saya turuti sahaja permintaannya.
Tertekan memakai jersi keramat nombor 10 Harimau Malaya ? Oh tidak buat Nooa Hamzah Laine @ASTROARENA pic.twitter.com/ufHEcO8iIl— karlnunis (@_karlnunis) June 21, 2023
"Tiada isu untuk saya bermain saya sebagai penyerang utama dan saya gemar membantu rakan sepasukan.
"Kami mencipta banyak peluang dan saya mencipta dua peluang jaringan.
"Kami saling menyokong antara satu sama lain," katanya.
Must-Watch Video