BRIGHTON 0 LIVERPOOL 2
Jurgen Klopp mengisytiharkan pemain Liverpool sudah bersedia untuk perebutan kejuaraan dengan Manchester City dalam 10 perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) di sebalik enggan meletakkan sebarang nama untuk perseteruan di antara mereka itu.
Selepas 28 perlawanan musim ini, dua pasukan ini mula melirik ke arah gemilang EPL yang menyaksikan City mengutip 69 mata sementara The Reds di tangga kedua dengan 66 mata selepas kemenangan 2-0 di Brighton & Hove Albion, malam tadi.
Kedua-dua kelab pernah bersaing sengit pada musim 2018-19 apabila City merangkul kejuaraan dengan 98 mata, satu mata di depan Liverpool yang hanya tumpas sekali.
Justeru, adalah menjadi tugas Klopp dalam memastikan fikiran barisannya kekal fokus kepada sasaran jangka pendek.
Mereka perlu membuat persediaan rapi sempena kunjungan ke Arsenal, Khamis depan, dan bukannya memikirkan apa yang mungkin berlaku di kemuncaknya musim ini, Mei depan.
Ditanya mengenai perebutan kejuaraan kali ini, Klopp memberitahu BT Sport: "Kami tidak dapat mengelaknya tetapi bukan tugas kami untuk memberikan gelaran kepada perseteruan seperti ini."
Dia sedar City akan sukar untuk ditandingi meskipun jurang di antara mereka semakin rapat, lebih-lebih lagi Liverpool akan bertandang ke Stadium Etihad bulan depan.
"Anda menjangkakan mereka akan menang setiap kali mereka beraksi," katanya lagi.
"Selagi kami berada di belakang mereka, kami tidak akan benar-benar berasakan aura gelaran itu. Satu-satunya perkara yang kami boleh rasakan ialah kemahuan memenangi sesebuah dan seberapa banyak mungkin perlawanan.
"Saya dapat melihatnya daripada riak wajah dan bahasa badan pemain saya. Kami sudah bersedia untuk itu.
"Perlumbaan ini tidak memerlukan sebarang nama, kami hanya mahu memenangi sebanyak mungkin perlawanan bola sepak."