Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengesahkan bahawa skuad negara bimbingan Kim Pan-gon akan menghadapi Syria dan China bagi perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Chengdu, China pada September ini.
Dengan itu, Harimau Malaya dijadualkan untuk berdepan Syria pada 6 September depan sebelum bertemu China di negara berkenaan tiga hari kemudian.
Berdasarkan ranking terbaru Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang dikemas kini pada 20 Julai lalu, Malaysia berada di kedudukan ke-136 dunia manakala Syria pula di kedudukan ke-94 dunia dan China di kedudukan ke-80 dunia.
Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman, dalam kenyataan hari ini berkata: "Pengesahan bagi kedua-dua perlawanan ini dibuat menerusi penelitian dan perbincangan bersama di antara pihak pengurusan dan Pan Gon sendiri selepas majlis undian pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada Khamis lalu."