Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Persahabatan antarabangsa: 11 pemain kembali dipanggil perkuat Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dion-cools.jpg
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai 26 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula 29 Ogos ini bagi menghadapi dua perlawanan antarabangsa Tier 1 di China bulan depan.

Berdasarkan senarai itu, ketua jurulatih, Kim Pan-gon, mengekalkan 15 daripada 26 pemain yang telah dipanggil dalam kem latihan pusat terdahulu di Kuala Terengganu pada Jun lalu.

Selain itu, tujuh pemain dari kem Mac 2023, iaitu Dion Cools, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Damien Lim, Darren Lok, Quentin Cheng, Brendan Gan dan Nor Azam Azih turut dipanggil.

Tiga lagi pemain pula melibatkan tonggak Harimau Malaya dalam Piala AFF 2022, iaitu Sharul Nazeem Zulpakar, Sergio Aguero dan Nur Shamie Iszuan Amin, manakala Nathaniel Shio Hong Wan pula kembali dipanggil buat kali pertama bagi tahun ini.

Skuad Harimau Malaya akan menentang Syria pada 6 September depan sebelum menghadapi China bagi aksi kedua berselang tiga hari.

Advertisement

Must Watch Video