Skip to main content

Bola Sepak

Perlawanan Sumbangsih: Saya bernasib baik -- jurulatih JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

xisco-munoz-sumbangsih.jpg
Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz, berkata dia bernasib baik kerana memiliki 34 pemain yang bersedia untuk diturunkan sebagai kesebelasan utama menjelang Perlawanan Sumbangsih menentang Selangor di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri malam esok.

Menurutnya, kesemua pemain Harimau Selatan kini dalam keadaan bersedia untuk diturunkan bagi perlawanan merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah berkenaan.

Menjelang aksi pembuka tirai Liga Super itu, dia berkata dalam sidang media: "Sudah pasti kami memiliki kesebelasan utama tetapi kami juga memiliki 33 atau 34 pemain yang bersedia untuk beraksi sebagai kesebelasan utama.

"Apa yang penting, ia tentang apa yang kami miliki dalam skuad ini kerana semua pemain bersedia untuk mengisi kesebelasan utama.

"Sudah pasti esok kami perlu memilih pemain terbaik dan pada ketika ini, mereka sudah bersedia untuk perlawanan ini.

"Saya seorang yang bernasib baik kerana memiliki 34 pemain untuk beraksi dalam perlawanan penting seperti perlawanan esok." 
 

Advertisement

Must Watch Video