Skip to main content

Bola Sepak

Perlawanan Sumbangsih: Kami sepatutnya jaring lebih daripada 3 gol -- jurulatih JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

munoz.jpg
Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz, gembira dengan prestasi yang dipamerkan pasukannya ketika menewaskan Selang0r 3-0 dalam Perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibraim (SSI), Iskandar Puteri malam tadi.

Dalam perlawanan itu, Harimau Selatan mempertahankan Piala Sultan Haji Ahmad Shah hasil jaringan Jairo da Silva, Eddy Israfilov dan Arif Aiman Hanapi.

Munoz memuji aksi yang dipamerkan pasukannya tetapi berasakan masih ada ruang untuk diperbaiki kerana mereka sepatutnya boleh menjaringkan lebih daripada tiga gol.

"Saya amat gembira kerana pasukan kami telah mempamerkan prestasi yang baik, kami bermain dengan amat baik," katanya selepas perlawanan itu.

"Kami memiliki banyak peluang untuk menjaringkan lebih banyak gol tetapi tidak mengapa, ia perlawanan pertama dan kami perlu memperbaiki banyak perkara.

"Saya amat gembira dapat tiga mata dan trofi pertama ini."



 

Advertisement

Must Watch Video