Skip to main content

Bola Sepak

Perlawanan Newcastle United-Everton terpaksa ditunda

eddie-howe.jpg
Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Newcastle United dan Everton malam esok terpaksa ditunda selepas The Magpies tidak cukup pemain dalam skuad utama mereka untuk dibawa ke Goodison Park.

Newcastle dilanda masalah jangkitan COVID-19 dan kecederaan pemain sehingga pengurusnya, Eddie Howe, hanya dapat menggunakan pemain yang secukupnya ketika menentang Manchester United awal pagi semalam.

Dia kehilangan dua lagi penyerang, Callum Wilson dan Allan Saint-Maximin, kerana kecederaan sewaktu terikat 1-1 dengan The Red Devils dalam perlawanan itu.

Newcastle kemudian memohon kepada EPL untuk kunjungan mereka ke Goodison Park ditunda dan permohonan itu telah diluluskan hari ini.

EPL berkata dalam satu kenyataan: "Perlawanan Everton menentang Newcastle United di Goodison Park malam esok terpaksa ditunda.

"Pihak lembaga menerima permohonan Newcastle untuk menunda perlawanan itu memandangkan mereka tidak mempunyai pemain yang mencukupi (13 pemain padang dan seorang penjaga gol) berikutan jangkitan COVID-19 dan kecederaan.

"Pihak lembaga membuat keputusan lebih awal agar dapat memberikan penjelasan buat kelab dan penyokong yang terjejas.

"Kami memohon maaf ataas sebarang kesulitan dan gangguan ke atas perancangan penyokong sewaktu musim perayaan ini."
 

Advertisement

Must Watch Video