Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Perlawanan Leicester-Tottenham ditunda kerana penularan COVID-19

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

leicester-city.jpg
Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Leicester City dan Tottenham awal pagi tadi terpaksa ditunda kerana penularan koronavirus.

Spurs sebelum ini turut terpaksa membatalkan perlawanan dengan Rennes dalam Liga Persidangan dan pertemuan dengan Brighton and Hove Albion dalam EPL kerana kekurangan pemain berikutan kes jangkitan COVID-19 dalam skuad mereka.

Kini, The Foxes turut mengalami masalah sama di kem mereka dengan peningkatan kes jangkitan itu memaksa perlawanan dengan Spurs ditunda selepas pasukan utama Leicester perlu menghentikan operasi mereka selama 48 jam.

Satu kenyataan yang dikeluarkan kelab itu berkata: "Leicester City mengesahkan bahawa Lembaga Premier League telah memutuskan untuk menunda perlawanan menentang Tottenham Hotspur.

"Keputusan itu diambil berdasarkan saranan daripada pihak penasihat perubatan selepas kelab ini meghantar permohonan penundaan susulan terdapat peningkatan kes jangkitan COVID-19 dalam ujian saringan skuad utama.

"Akibatnya, kelab ini tidak mempunyai cukup pemain utama untuk diturunkan dalam perlawanan itu.

"Dengan peningkatan kes positif dalam kalangan ahli pasukan utama, operasi pasukan utama di Seagrave kini akan ditutup selama 48 jam bagi mengurangkan risiko jangkitan daripada terus merebak. Pemain dan pegawai pasukan utama akan menjalani satu lagi ujian pada Sabtu ini.

"Kelab ini memohon maaf atas segala kesulitan yang perlu dilalui Tottenham Hotspur dan penyokong mereka atas penundaan ini."
 

Advertisement

Must Watch Video