Skip to main content

Bola Sepak

Perlawanan Everton-Newcastle terhenti kerana penunjuk perasaan ikat badan di tiang gol

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

everton-v-newcastle_1.jpg
Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Everton dan Newcastle United di Goodison Park awal pagi tadi terpaksa dihentikan seketika gara-gara seorang penunjuk perasaan mengikat badannya di tiang gol.

Dengan memakai baju yang tertera perkataan "Just Stop Oil", penunjuk perasaan itu mengikat badannya ke tiang gol dengan menggunakan pengikat kabel yang mengakibatkan perlawnan itu terpaksa dihentikan.

Tindakan individu itu jelas tidak disenangi penyokong yang hadir dan pegawai perlawanan terpaksa mancari playar untuk memotong pengikat daripada tiang gol sebelum pelaku itu ditangkap polis.

Kumpulan aktivis kempen Just Stop Oil mengaku bertanggungjawab ke atas insiden itu dengan menciap dalam Twitter: "Terkini: Penyokong Just Stop Oil terikat di tiang gol sewaktu perlawanan Everton dan Newcastle United".

Aksi di Goodison Park menyaksikan Everton menewaskan Newcastle 1-0 hasil jaringan lewat Alexander Iwobi.
 
 

Advertisement

Must Watch Video