Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Perjuangan tetap perlu diteruskan, kata pemain import Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

orozco.jpg
Pemain import Selangor, Yohandry Orozco, mahu menggunakan dua jaringannya malam tadi sebagai azimat untuk mengubahkan kedudukan mereka dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M). 

Gergasi Merah menanggung dua berganda dalam dua perlawanan terakhir apabila tersingkir dalam Unifi Piala Malaysia dan semalam, Liga Juara-Juara Asia (ACL2) biarpun membelasah Dynamic Herb Cebu 4-0 tetapi belum mampu melepasi halangan Kumpulan H itu. 

"Walaupun padang agak keras tapi kami masih mampu beraksi dengan baik untuk kemenangan. 

"Kami dapat memporak-perandakan lawan, kami menggunakan kombinasi bertukar-tukar posisi.

"Saya gembira kami menang dan mengutip tiga mata. 




"Sukar untuk dikatakan kerana kami mahu layak tapi kekalahan kepada Muangthong United (minggu lalu) menyekat hajat kami. Kami perlu lupakannya dan kembali ke Malaysia (teruskan perjuangan)," katanya selepas perlawanan di Stadium Rizal Memorial. 

Bagaimanapun, baki saingan Liga Super selain Challenge Cup yang bakal menemukan mereka dengan Kelantan Darul Naim pada 22 Disember depan dilihat masih mampu menjadi penawar kepada pencapaian musim ini. 

Advertisement

Must Watch Video