Skip to main content

Bola Sepak

Perbelanjaan PSG dinilai dalam saingan UCL

11917mbappe-and-neymar.jpg
Legenda Perancis, Thierry Henry berkata trio  Paris Saint-Germain (PSG) yang "menggerunkan"perlu membantu pasukan cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Pemain baru, Kylian Mbappe, menjadi pemain terbaru PSG untuk menjaringkan gol dalam aksi sulung bersama-sama Neymar dan Edinson Cavani ketika meraih kemenangan 5-1 ke atas Metz.

Skuad kendalian Unai Emery itu merupakan satu-satunya pasukan dengan rekod bersih dalam lima aksi pertama Ligue 1 dalam usaha untuk merebut semula takhta liga daripada Monaco.

Henry menegaskan perbelanjaan bakal dinilai dengan keputusan yang diraih dalam saingan UCL yang akan bermula pada pertengahan minggu ini.

"Neymar dan Mbappe menyertai PSG adalah sesuatu yang baik untuk Liga Perancis. Ia akan melonjakkan kualiti saingan liga ini," kata Henry.

"Terdapat banyak tekanan yang harus dihadapi oleh mereka kerana menyertai pasukan yang meletakkan sasaran untuk menjuarai UCL pada setiap musim."

Advertisement

Must Watch Video