The Bos Gaurus muncul juara Kumpulan B, Piala Malaysia setelah menewaskan Felda United 2-1 di Ipoh, semalam.
Kemenangan tuan rumah itu sekaligus menyaksikan Perak akan bertemu Pahang manakala Felda menentang PKNP FC di peringkat suku akhir.
Ketua jurulatih Felda, B. Sathianathan, menyifatkan kekalahan pasukannya sebagai pengajaran kepada pemain muda yang diturunkan.
"Saya puas hati dengan keputusan malam ini. Perak memang berada di dalam kelas tersendiri. Tetapi saya berbangga dengan kemampuan pemain muda yang diturunkan kerana berjaya mengimbangi perlawanan.
"Kami kena perbaiki banyak aspek sebab kita akan jumpa satu lagi pasukan dari Perak, PKNP FC, dalam suku akhir. Kami telah mengalami kekalahan dalam perlawanan persahabatan dengan PKNP, malah Pahang juga pernah tersungkur dengan pasukan ini.
"Mereka (PKNP) pasukan yang memberi banyak masalah kepada banyak pasukan sebelum ini. Saya menepis dakwaan mengatakan pertemuan suku akhir akan memihak Felda. Saya tidak memandang rendah PKNP," jelasnya lagi.
Sementara itu, ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, yakin dengan pencapaian pasukannya dalam kempen Piala Malaysia setelah cemerlang dengan lima kemenangan dan satu seri.
"Sekarang kami akan fokus memikirkan pertemuan dengan Pahang. Sudah tentu tidak begitu mudah. Tapi saya yakin dengan momentum kini, Perak mampu melepasi apa jua rintangan," ujarnya.