Skip to main content

Bola Sepak

Perak FC harap penggantungan PAFA tidak berlarutan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

perak-fc.jpg
Perak FC mengharapkan isu penggantungan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) dapat segera diselesaikan bagi membolehkan pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi berjalan dengan jayanya.

Pengarah Pembangunan Belia Perak FC, Neow Choo Seong, berkata isu berkenaan sedikit sebanyak menjejaskan usaha pembangunan bola sepak dalam kalangan remaja dan belia yang sepatutnya dilakukan oleh PAFA.

Menurutnya, ketika ini Perak FC mengambil alih sementara peranan untuk mencungkil bakat-bakat baru bola sepak di seluruh daerah di negeri ini menerusi beberapa program yang telah dan sedang dirangka.

"Dalam perjumpaan pihak pengurusan Perak FC dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, baru-baru ini perkara tersebut sudah dibangkitkan. Kami rayu KBS (Kementerian Belia dan Sukan) untuk menyegerakan penyelesaian isu PAFA ini agar pembangunan bola sepak dapat kembali dilaksanakan.

"Untuk itu Perak FC tampil dengan beberapa program untuk mencari bakat-bakat muda di seluruh pelosok Perak bagi mengisi pasukan-pasukan pelapis belia untuk mempersiapkan mereka ke kejohanan yang disediakan," katanya kepada pemberita ketika Sesi Ramah Mesra Bersama Media di Pejabat Perak FC semalam. 

Menurutnya, program pembangunan akar umbi itu mesti dilaksanakan supaya negeri Perak tidak ketandusan bakat-bakat di dalam bola sepak namun ia tidak boleh bergantung harap kepada Perak FC semata-mata.

Choo Seong berkata, Perak FC tidak boleh selamanya membiayai program pembangunan bola sepak tanpa penglibatan pihak lain kerana ia memerlukan dana yang besar.

Bagaimanapun, dia menghargai inisiatif yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) yang menyumbang RM500,000 bagi tujuan pembangunan bola sepak negeri.

Menurutnya, Perak FC bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak terutama dalam usaha membangunkan bakat-bakat muda di dalam bola sepak.




Katanya, perkongsian tenaga dan kepakaran yang ada sedia diberikan bagi memastikan bakat-bakat baharu dapat dicungkil.

"Begitu juga dengan Akademi Bola Sepak Perak yang menjadi impian semua peminat bola sepak di negeri ini. Pelaksanaannya boleh direalisasikan jika ada dana yang besar khusus untuk mewujudkan akademi tersebut.





"Jika dana itu sudah sedia, kami jangka dalam tempoh 2 hingga 3 tahun ia boleh dilaksanakan. Jadi kami sangat mengalu-alukan mana-mana pihak untuk menyuntik dana bagi merealisasikan impian ini," katanya.

Dalam pada itu, bekas pemain Perak FC itu berkata antara usaha yang telah dilaksanakan bagi mencungkil bakat-bakat muda itu termasuklah penganjuran Piala Dato' Seri Azim Zabidi yang akan dijenamakan sebagai Piala Cheetah 2023.

Selain itu, Piala XOX juga turut diperkenalkan dengan kerjasama Perak FC dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak untuk kejohanan bawah 17 tahun selain Grassroots Playday Festival yang memberi tumpuan kepada murid berusia 7 hingga 12 tahun.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video