Skip to main content

Bola Sepak

Pepe kembali sertai Porto

pepe.jpg
Pertahanan Portugal, Pepe, telah kembali ke Porto dengan tawaran sehingga 2021 selepas dia dilepaskan oleh kelab Turki, Besiktas.

Pepe mewakili Porto sekitar 2004 hingga 2007 sebelum dibawa ke Sepanyol menyertai Real Madrid.

Sewaktu mencapai zaman kegemilangan di Santiago Bernabeu, Pepe menjulang gelaran Liga Juara-Juara (UCL) serta LaLiga sebanyak tiga kali.

Dia kemudian menyertai Besiktas pada 2017 dan diterima oleh sebilangan besar penyokong tetapi Pepe memilih untuk menamatkan kontraknya pada penghujung tahun 2018 sebagai tanda membantu masalah kewangan yang dihadapi kelab itu.

Bagi meneruskan karier sebagai pemain bola sepak, Pepe menerima tawaran untuk kembali menyertai Porto dan perjanjian di antara kedua-dua pihak telah dimeterai semalam.

Pemain berusia 35 tahun itu menyertai Porto yang sedang mendahului saingan liga dengan kelebihan tujuh mata dan bakal membuat penampilan berdepan Sporting CP, Sabtu ini.
 

Advertisement

Must Watch Video