Skip to main content

Bola Sepak

Pep Guardiola: Kalvin Phillips perlu buktikan dirinya layak kekal bersama Man City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kalvin-phillips-and-pep-guardiola_271760710.jpg
Pep Guardiola berkata masa depan Kalvin Phillips di Manchester City terletak di tangannya sendiri.

Pembelian musim panas bernilai GBP42 juta itu hanya membuat lapan penampilan Liga Perdana Inggeris untuk City, semuanya sebagai pemain gantian, dan dijangka turun membuat penampilan kesembilan apabila bekas kelabnya Leeds melawat Etihad.

Phillips mengalami kekecewaan awal bersama City susulan pembedahan kecederaan bahu pada September, tetapi sejak kembali pada November, dia mendapati mustahil untuk mengetepikan Rodri dari bahagian tengah Guardiola, dengan John Stones kini juga turun di posisi yang sama.

Kekurangan masa bermain pemain tengah England itu telah mencetuskan spekulasi bahawa pemain dan kelab itu mungkin berpisah pada musim panas ini, tetapi Guardiola berkata tiada keputusan akan diambil sekarang.

“Ia bergantung kepada pemain,” kata Guardiola. “Akhirnya kami di sini, saya cuba jujur dengan soalan dan perasaan saya.

“Perasaan saya kadang-kadang berubah. Tetapi pada akhirnya ia adalah bergantung kepada pemain, mereka perlu meyakinkan diri sendiri dan pasukan dan bukan kerana saya mengatakan sesuatu.

“Mereka perlu mendapatkan keyakinan saya. Kesemua mereka, bukan hanya Kalvin, semuanya bagaimana mereka beraksi. Pasukan banyak berubah dan terfdapat pemain yang penting untuk musim sebelumnya namun musim ini tidak memiliki peranan yang diperlukan. Begitulah prestasi mereka, banyak perkara boleh berlaku.”

 

Advertisement

Must Watch Video