Penyokong The Red Giants melancarkan kempen membantu Selangor menghadapi hukuman selepas tidak beraksi pada Piala Sultan Haji Ahmad Shah, bulan lalu.

Reaksi balas itu hadir kira-kira 2 jam selepas Malaysia Football League (MFL) mengumumkan denda RM100,000 selain aksi Selangor-JDT di Stadium MBPJ, Ogos depan akan diadakan tanpa penyokong.

“Game yang kita orang tak boleh masuk tu, letak je QR code akaun pasukan. Kita orang akan bayar tiket game tu. Duit tu nanti, bayar saman. Kita ada dengan anda,” kata Danial Mazalan.

Terdahulu penyanyi rap, Altimet, turut menyuarakan sokongan sama terhadap Selangor.


Nampaknya, penyokong Selangor kian bersatu.

Makin rancak Liga Malaysia!

Sertai Ultimate Liga Super Fantasi di sini