Skip to main content

Bola Sepak

Penyokong Liverpool tiada belas kasihan, tayang sepanduk kutuk Mikel Arteta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liverpool-fan.jpg
Penyokong Liverpool tanpa belas kasihan mengejek Arsenal selepas kemarau trofi mereka berterusan ketika mereka mempamerkan karikatur kejam di Anfield semalam.

Terlepas kejuaraan liga buat sekian kalinya, pasukan kendalian Mikel Arteta memberikan penghormatan buat juara Liga Perdana Inggeris sebelum ketinggalan dua jaringan dalam tempoh seminit.

Cody Gakpo menerima hantaran silang Andy Robertson yang sempurna untuk membuka jaringan sebelum Luis Diaz menggandakan kelebihan.

Dua gol tersebut boleh dikatakan merumuskan musim Arsenal selepas sekali lagi gagal menjulang gelaran.

Menambah luka The Gunners, mereka juga baru sahaja tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara oleh PSG di peringkat separuh akhir.

Dalam separuh masa kedua, Arsenal bangkit menerusi gol yang disempurnakan oleh Gabriel Martinelli sebelum Mikel Mireno menyamakan kedudukan. 

Arsenal bagaimanapun terpaksa menamatkan permainan dengan 10 pemain susulan kad kuning kedua yang diberikan kepada Merino ketika permainan berbaki 10 minit.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video