Skip to main content

Bola Sepak

Pengiran Bala puji kebangkitan pemain

pangiran-bala.jpg
Jurulatih sementara Sarawak, Pengiran Bala, berpuas hati dengan persembahan pasukannya selepas bangkit mengikat Terengganu 3-3 dalam aksi Piala Malaysia di Kuala Terengganu, malam tadi.

Jelasnya, walaupun ketinggalan 1-3 pada babak pertama, dia cukup gembira dengan semangat juang serta kejayaan mengambil peluang untuk mendominasi 45 minit kedua.

Tambah Pengiran Bala lagi, karakter itu diperlukan sebagai aset bernilai Sarawak menghadapi baki saingan liga musim ini.

“Keputusan malam ini (semalam) sangat penting untuk menaikkan moral pemain dan saya gembira melihat keinginan pemain-pemain untuk mengubah kedudukan.

“Sasaran utama ialah kekal dalam Liga Super. Jadi, apa yang dipersembahkan membuktikan kami masih berpeluang,” katanya.

Kemasukan pemain gantian, Abdul Rahim Abdul Razak, pada babak kedua juga disifatkannya berjaya mengubah rentak permainan pasukannya di samping menjaringkan gol kedua Sarawak.

“Mereka tidak pernah mengalah. Ini yang saya mahu lihat daripada pemain-pemain Sarawak,” tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video