Skip to main content

Bola Sepak

Pengendali Porto akui silap percaturan

porto-140917.jpg
PORTO 1 BESIKTAS 3

Ketua jurulatih Porto, Sergio Conceicao, bertanggungjawab ke atas kekalahan 3-1 pasukannya kepada Besiktas dalam aksi Kumpulan G, Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. 


Juara Turki, Besiktas, mengambil kesempatan ke atas kesilapan penjaga gol, Iker Casillas, untuk mengesahkan kemenangan yang menyaksikan pemain pinjaman, Anderson Talisca, Cenk Tosun dan Ryan Babel memberi inspirasi kepada pelawat. 

Conceicao, bagaimanapun, mengakui bertanggungjawab di atas kekalahan itu. 

"Jika ada orang yang boleh dipersalahkan, ia adalah saya. Strategi saya silap. Saya yang bertanggungjawab," katanya kepada SportTV. 

"Kami mengetengahkan sebuah pasukan berpengalaman dengan kualiti individu. Kami memulakan permainan seperti yang dirancang sebelum aksi menjadi bertambah rumit dan saya harus dipersalahkan.

"Pada separuh masa kedua, kami membuat sedikit rombakan dan berjaya mencetuskan masalah kepada Besiktas. Namun, pihak lawan memperolehi satu lagi gol. 

"Kami akan meraih tiga mata dalam perlawanan yang lain."

Kekalahan itu memadamkan rentak lima kemenangan Porto untuk menerajui kancah Primeira. Mereka akan berdepan juara Ligue 1, AS Monaco, untuk aksi Liga Juara-Juara yang berikutnya. 



 

Advertisement

Must Watch Video