UCL
Penantian Chelsea berakhir dengan kemenangan berharga
CHELSEA 6 QARABAG 0
Cesc Fabregas gembira penantian Chelsea untuk kembali beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara berakhir dengan kemenangan 6-0 ke atas Qarabag.
Skuad kendalian Antonio Conte itu menerima kunjungan Qarabag ke Stamford Bridge dengan mempamerkan persembahan cemerlang, Pedro membuka jaringan seawal minit kelima sebelum Davide Zappacosta meledak gol sulung untuk Chelsea selang 25 minit kemudian.
Iklan
Bersambung pada babak kedua, empat gol berjaya diraih Chelsea menerusi Cesar Azpilicueta, Tiemoue Bakayoko, Mitchy Batshuayi dan jaringan sendiri Maksim Medvedev.
Terlepas saingan Eropah pada musim lalu, Fabregas gembira kerana kembali dengan melakar kemenangan yang memuaskan.
"Kami telah menunggu lama untuk kembali beraksi dalam UCL," katanya.
"Akhirnya masanya sudah tiba, kami mempamerkan aksi cemerlang dan keputusan yang memberangsangkan.
"Jaringan-jaringan ini akan membantu kami pada penghujung saingan peringkat kumpulan. Kami perlu terus mengekalkan momentum ini."
Bagaimanapun, Fabregas menegaskan Chelsea akan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan jadual yang padat sekali lagi.
"Kami perlu menghadapi satu perlawanan demi satu perlawanan. Kami akan cuba memberikan tumpuan untuk berdepan Arsenal.
"Ia adalah perlawanan yang sukar, pada saat yang sukar untuk kami.
"Anda dapat menyaksikan Conte telah membuat lima pertukaran dalam kesebelasan utama. Kami mempunyai tujuh perlawanan dalam tempoh 21 hari -- ia adalah sesuatu yang baru untuk kami sejak musim lalu.
"Kami telah dinasihatkan supaya mengambil pemakanan yang sesuai dan rehat secukupnya untuk aksi pada Ahad nanti."
Must-Watch Video