PENANG 1 MELAKA UNITED 1
Penang dan Melaka United masih tercari-cari rentak kemenangan dalam Liga Super apabila terpaksa akur berkongsi mata di Stadium Bandaraya sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan itu yang tewas tipis 0-1 dalam perlawanan pembukaan hujung minggu lalu menyaksikan Penang terlebih dahulu mendominasi awal saingan.
Situasi itu membawa kepada jaringan pembukaan menarik Penang yang disudahkan Danial Ashraf Abdullah selepas menerima hantaran lolos pada minit ke-27.
Begitupun, ia tidak menyekat gol penyamaan pada minit ke-41 gara-gara ketua pasukan Harimau Kumbang, Latiff Suhaimi, tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba mematahkan sepakan penjuru.
Namun, skrip berbeza ditampilkan Melaka yang semakin acap mengatur asakan dalam babak kedua, lebih-lebih selepas tiga pertukaran yang dibuat tuan rumah.
Namun, baki aksi 30 minit perlawanan tidak begitu mengujakan ditampilkan kedua-dua pasukan dalam aspek penyudah untuk terpaksa berpuas hati dengan jaringan separuh masa pertama itu.
"Apa yang penting ialah tingkatkan sikit lagi permainan kami.
"Kami menuju corak permainan yang dihajati.
"Pemain baru juga masih perlukan masa menyesuaikan kerana bergelut dengan tempoh persiapan yang singkat.
"Kedua-dua pasukan saling menguasai setiap babak jadi ini satu keputusan yang adil," kata ketua jurulatih Melaka, Risto Vidakovic.