Skip to main content

Bola Sepak

Peminat zahir dukacita terhadap keputusan rayuan FAM-FIFA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fans.jpg
Satu episod penuh sugul buat semua pencintan bola sepak Malaysia

Usai Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengeluarkan keputusan berhubung rayuan yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), ia jelas tidak memihak kepada Malaysia selepas permohonan ditolak dan hukuman dikekalkan.

Sejak malam tadi, kecoh di media sosial apabila peminat tempatan menzahirkan kekecewaan terhadap keputusan itu, termasuk menjadi liputan antarabangsa oleh media sukan terkemuka dunia. 

Melihat situasi sukar itu, pelbagai bentuk reaksi dilontarkan, dan jelas ia meninggalkan kesan luka yang mendalam buat semua pencinta Harimau Malaya.




Penyokong turut membanjiri komen di setiap sudut tentang keributan yang berlaku.

Kenyataan dalam laman web rasmi, Inside FIFA, juga memaklumkan bahawa FAM mempunyai tempoh sepuluh (10) hari untuk memohon 'motivated decision' dan selepas itu, pihak-pihak terbabit mempunyai 21 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). 

Tujuh pemain warisan, Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano, digantung 12 bulan daripada sebarang aktivti bola sepak serta diperintahkan membayar denda sebanyak RM1,0411.55.

FAM juga diminta membayar penalti sebanyak RM1.8 juta kepada FIFA.

Sehubungan itu, FAM berazam untuk terus teguh memperjuangkan hak para pemain dan kepentingan bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa.
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video