Skip to main content

Bola Sepak

Pemain warisan Harimau Malaya biasa-biasa saja -- Bekas jurulatih Vietnam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wariosan.jpg
Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum berada di tahap superstar' dalam sukan bola sepak dunia.

Begitupun, jurulatih berusia 57 tahun itu turut berasakan kehadiran pemain warisan negara dari luar negara itu mampu meningkatkan motivasi pemain tempatan untuk bersaing merebut tempat khususnya.

“Pemain naturalisasi (warisan) baharu Malaysia adalah lebih baik berbanding pemain domestik.






"Menaturalisasikan pemain asing dalam pasukan Malaysia boleh mewujudkan motivasi kepada pasukan ini, sekurang-kurangnya dari segi semangat.

“Bagaimanapun, kita perlu akui dengan tenang bahawa pemain naturalisasi Malaysia masih belum berada di tahap superstar bola sepak dunia.

"Jadi mereka bukanlah jenis pemain yang mudah bermain dengan baik di mana sahaja mereka pergi. Mereka memerlukan masa untuk adaptasi." katanya seperti dilaporkan MakanBola.

Hoang Anh Tuan pernah membawa skuad B-23 Vietnam di Kejohanan Piala Asia B-23 di Doha, Qatar tahun lalu.

Advertisement

Must Watch Video