Pertahanan Alaves, Facundo Garces, turut berduka dengan pemergian penyerang CD Tenerife, Jesus De Miguel, meninggal dunia akibat kecederaan serius selepas rebah di atas padang ketika aksi menentang Andorra.
Menerusi laman Instagram Garces, dia berkongsikan: "QEPD" yang membawa maksud 'Semoga beristirahat dengan tenang' pada gambar Miguel.
Pada awalnya, Miguel tidak menyedarkan diri akibat rempuhan mengerikan penjaga gol lawan, Jesus Owana, pada minit ke-97 pada penghujung aksi divisyen kedua Sepanyol, semalam hingga terpaksa dibawa ke hospital menaiki ambulans.
Untuk rekod, Garces beraksi buat pasukan Deportivo Alaves dalam divisyen pertama Liga Sepanyol, La Liga.
Satu kedukaan buat semua penyokong bola sepak dunia!
