LIGA INGGERIS
Pemain sendiri tentukan masa depan mereka -- Koeman
Ronald Koeman mengakui Romelu Lukaku yang akan menentukan sama ada dia mahu kekal di Everton selepas musim cemerlangnya berterusan ketika bertemu Leicester City.
Lukaku meledak dua gol ketika Everton meraih kemenangan 4-2 ke atas Leicester dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam, menjadikan jaringan keseluruhannya kepada 23 untuk mendahului carta penjaring terbanyak dalam buruan Anugerah But Emas.
Penyerang itu masih memiliki kontrak sehingga 2019 dan telah dilaporkan menolak tawaran lumayan untuk melanjutkan kontraknya dan terdapat spekulasi mengenai dirinya untuk kembali bersama Chelsea.
Iklan
Koeman sedang berusaha untuk memastikan Lukaku dan Ross Barkley kekal bersama Everton tetapi enggan menjanjikan apa-apa buat penyokong The Toffees.
"Kami akan cuba untuk mengekalkan mereka tetapi keputusan terakhir terletak di tangan pemain," kata Koeman.
"Barkley masih berbaki satu musim manakala Lukaku mempunyai dua musim lagi bersama kami, ia adalah situasi yang berbeza.
"Kami sedang cuba untuk mengumpul pemain-pemain bagi menghasilkan skuad yang berkualiti untuk bersaing dengan enam pasukan elit dalam EPL. Apa yang kami pamerkan adalah permulaan untuk musim hadapan.
"Romelu Lukaku adalah antara penyerang terbaik di dunia.
"Setiap individu mengetahui dia adalah pemain yang berpengaruh buat Everton dan kami sedang memastikan dia kekal bersama kami."
Must-Watch Video