LIGA SUPER MSIA

Pemain pinjaman JDT boleh lawan JDT musim depan -- TMJ

Stadium Astro
Najmi Iman
21/03/2025
04:39 MYT
Sponsor Banner
Pemain pinjaman JDT boleh lawan JDT musim depan -- TMJ
Bermula musim depan, juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) akan melakukan penstrukturan supaya memberi manfaat kepada setiap pemain yang bersaing mendapatkan minit permainan masing-masing.
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bakal melaksanakan perubahan terbaik menjelang menjelang aksi musim baru.
Pemain pinjaman Harimau Selatan yang akan atau telah dipinjamkan ke pasukan lain boleh menentang majikan (JDT) dalam pertemuan setiap pertandingan yang dianjurkan Liga Malaysia (Liga-M).
Pemain tersebut tidak akan terikat dengan perjanjian pinjaman atau lebih dikenali 'gentlemen agreement'.
Berdasarkan perlawanan sebelum ini, pemain tertentu tidak dibenarkan menentang pasukan asal dan ia bukanlah perkara yang baru dalam kancah bola sepak tempatan.
Menurut media tempatan, perkara berkenaan merupakan topik perbincangan Pemangku Sultan Johor yang mahu JDT bersedia sepenuhnya berhadapan pemain sendiri.
"Ada pemain kita yang dipinjamkan kepada kelab dalam liga (Liga M). Pembayaran gaji masih lagi kita bayar separuh dan kelab yang dipinjamkan bayar separuh lagi.
"Tapi untuk musim depan, pemain yang dipinjamkan boleh bermain menentang kita (JDT) dalam liga. Saya akan minta pengurusan untuk buat perkara ini.
"Saya tidak mahu orang fikir JDT ada kelebihan bila jumpa dengan pasukan yang ada pemain kami di sana. Jadi mulai musim depan, pemain boleh main lawan kita," titah baginda.
Sekiranya perkara itu berlaku, Safawi Rasid yang dipinjamkan ke Terengganu, Manuel Hidalgo yang mewakili Sri Pahang serta beberapa muka lain berpeluang bertemu JDT meskipun kelab asal mereka itu adalah JDT.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video