Pengendali Chelsea, Antonio Conte, melabel pertukaran lima pemain yang dilakukannya ketika meraih kemenangan 6-0 ke atas Qarabag dalam Liga Juara-Juara (UCL) adalah petanda pemain-pemain mempercayai perancangannya.
Skuad kendalian Conte itu menerima kunjungan Qarabag ke Stamford Bridge dengan mempamerkan persembahan cemerlang, dengan Pedro membuka jaringan seawal minit kelima sebelum Davide Zappacosta meledak gol sulung untuk Chelsea selang 25 minit kemudian.
Bersambung pada babak kedua, empat jaringan berjaya diraih Chelsea menerusi Cesar Azpilicueta, Tiemoue Bakayoko, Mitchy Batshuayi dan jaringan sendiri Maksim Medvedev.
Conte menurunkan Zappacosta bersama Andreas Christensen, Gary Cahill, Willian dan Michy Batshuayi tetapi menegaskan pertukaran yang dilakukan tidak melemahkan juara Liga Perdana Inggeris itu.
"Ia merupakan satu keputusan yang positif, lebih-lebih lagi dengan pertukaran yang telah dilakukan bagi menghadapi perlawanan ini," katanya.
"Saya berasakan kami perlu memberikan peluang, terutama sekali kepada pemain seperti Christensen. Dia seorang pemain muda daripada akademi kelab.
"Saya memiliki 17 pemain senior dan setiap seorang boleh mendapatkan peluang untuk beraksi."
Conte mengenal pasti bahawa aspek kualiti yang dimiliki oleh pemain-pemainnya merupakan kunci prestasi yang dominan dalam perlawanan ini.
"Terdapat beberapa perkara positif yang boleh diambil daripada perlawanan ini.
"Batshuayi menjaringkan gol, Zappacosta membuat penampilan sulung di Stamford Bridge dan bermain dengan baik. Tidak terlupa, Eden Hazard berusaha untuk mendapatkan sentuhan terbaiknya. Kami sangat gembira menyaksikannya beraksi di atas padang."