Skip to main content

Bola Sepak

Pemain pamer kematangan -- Alderweireld

tottenham-applause-cropped_1g056fby6h9xv1sy9irkkpe7x4.jpg
Pertahanan Tottenham, Toby Alderweireld, percaya pengalaman yang dikutip selepas terkandas dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah musim lalu menyuntik kemenangan 3-1 ke atas Borussia Dortmund, Selasa lalu.

Penyerang England, Harry Kane, menyumbat dua gol tatkala pasukan tuan rumah itu memulakan saingan Kumpulan H dengan baik untuk berkongsi tiga mata bersama juara bertahan, Real Madrid.

Spurs membenarkan pasukan Jerman itu menguasai hampir 68 peratus permainan, namun berjaya mengesahkan kemenangan menerusi corak serangan balas, sekaligus merekodkan kemenangan pertama di Stadium Wembley, musim ini.

Alderweireld memuji pendekatan yang diambil rakan sepasukannya dalam perlawanan itu.

"Kami tidak bermain seperti budak kecil. Kami mempamerkan kematangan," kata pertahanan antarabangsa Belgium itu.

"Meskipun pihak lawan menguasai permainan, kami bertahan dengan baik sebelum melakukan serangan balas. Itulah yang kami lakukan dalam babak pertama dan kedua.

"Semua orang tahu apa yang perlu kami lakukan. Kami memiliki lebih ramai pemain berpengalaman dan mereka tahu apa yang perlu dilakukan dalam situasi itu.

"Kami banyak belajar daripada musim lalu."

Skuad kendalian Mauricio Pochettino bakal menyambung aksi Liga Juara-Juara apabila bertandang ke Cyprus bagi menghadapi APOEL dalam tempoh dua miggu lagi.

Advertisement

Must Watch Video