Skip to main content

Bola Sepak

Pemain import kami bukan "tangkap muat" -- Mat Zan

mat-zan-mat-aris.jpg
Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mat Zan Mat Aris, menaruh keyakinan tinggi terhadap barisan pemain import skuad Jang musim ini yang disifatkannya sebagai bukan pemain import "tangkap muat" dalam misi mereka untuk kembali ke Liga Super musim depan.

Negeri Sembilan mempertaruhkan tiga pemain import, Matheus Vila (pertahanan), Shunsuke Nakatake (pemain tengah) dan bekas penyerang Ulsan Hyundai, Jose Barros Almir Neto.

Mat Zan secara peribadi meneliti dan menapis kesemua pemain itu sebelum menandatangani mereka bagi mengelakkan insiden pertukaran import pada pertengahan musim.

Dalam masa sama, Mat Zan masih menanti satu lagi penyerang import dari Ivory Coast, Yao Herman Koussasi, yang dijangka tiba Selasa ini.

"Kami melakukan pemilihan secara teliti berdasarkan corak permainan dan kebolehan mereka.

"Kami telah menguji mereka dalam perlawanan persahabatan sebelum ini.

"Pemain yang dipilih itu mampu membantu pasukan," katanya.

Neto merupakan pemain kelahiran Brazil yang pernah berkelana di Korea Selatan dan Thailand untuk beraksi dengan beberapa kelab dalam liga utama negara berkenaan.

Dia mengakui banyak harapan yang disandarkan kepadanya untuk megembalikan reputasi Negeri Sembilan dalam Liga Perdana musim ini.

"Saya pernah beraksi di Korea selama tiga tahun.

"Selepas itu, saya beraksi selama tiga tahun lagi di Thailand.

"Saya amat gembira untuk beraksi di Malaysia," kata Neto.

Advertisement

Must Watch Video