Berita perpindahan tersebut bertiup kencang di ruang media sosial yang mengaitkan pemain Botafago itu ke Harimau Selatan sebagai perancang tengah terbaru bagi memperkuat JDT menghadapi baki saingan liga terutamanya dalam kancah Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Namun, dikatakan pemain berusia 32 tahun itu sudah bergelar ejen bebas.
Dua pemain berprofil tinggi dikaitkan ke pasukan nombor 1 Malaysia dan Asia Tenggara, JDT iaitu bintang Paraguay, Oscar Romero yang dilapor ditawarkan kontrak bernilai RM11 juta dan bekas rakan sepasukan Jese Rodriguez iaitu Jonathan Viera. π΅πΎπͺπΈ@ASTROARENA pic.twitter.com/j4OGur6CEY
β Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 7, 2025
Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dua pemain berprofil tinggi dikhabarkan menyertai juara Piala FA 2024 itu menerusi laman X.
Berkemungkinan, bekas rakan sepasukan Jese Rodriguez juga, Jonathan Viera, turut berada dalam radar skuad kendalian Hector Bidoglio itu.
Begitupun, masih tiada pengumuman rasmi daripada pemain tersebut termasuk kelab itu berkenaan khabar angin itu.