Penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Bergson da Silva, berkata peluangnya untuk menyarung jersi Harimau Malaya sebagai pemain naturalisasi bukan hanya bergantung kepada dirinya.
Sebaliknya, penyerang berusia 34 tahun itu mengakui ia turut dipengaruhi masa depannya bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang genap lima tahun kelibatnya dalam Liga Malaysia pada Mac tahun depan.
Bergson, yang mula beraksi di negara ini pada Mac 2021, antara calon untuk dijadikan pemain naturalisasi negara setelah mempamerkan prestasi memukau menerusi rekod jaringannya bersama Harimau Selatan.
Menyumbat 109 gol dalam Liga Super setakat ini, pemain dari Brazil itu menjadi harapan peminat bola sepak tanah air untuk memperkuat skuad negara rentetan kes tujuh pemain warisan yang berdepan penggantungan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
"Sejujurnya ia satu topik yang saya tidak boleh ulas kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Saya tidak tahu bagaimana hari-hari mendatang di JDT dan saya tidak tahu bagaimana sejarah saya di sini kerana kita mempunyai banyak perkara lain untuk diperkatakan mengenai sejarah itu.
"Saya fikir ia bukan bergantung kepada diri saya. Saya salah seorang pekerja kelab ini hari ini dan saya perlu melaksanakan tugas saya selagi saya berada di sini."
Dapatkan Sekarang

Satu Semangat, Satu Jersi
Tunjukkan kebanggaan anda bersama skuad negara dengan jersi Harimau Malaya.
Dapatkan Sekarang