UCL
Peluang Real Madrid sahkan status raja Eropah -- Ramos
Sergio Ramos berkata perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL) menawarkan peluang buat Real Madrid untuk membuktikan bahawa mereka adalah raja Eropah yang tidak boleh dipertikaikan.
Madrid bakal berhadapan dengan Liverpool di Kiev pada 27 Mei ini dalam usaha menjuarai gelaran ketiga berturut-turut -- pencapaian yang belum pernah terjadi -- setelah muncul pasukan sulung yang mengekalkan kejuaraan Eropah dengan mengatasi Juventus di Cardiff musim lalu.
Ia juga mewakili kejayaan keempat dalam tempoh lima tahun buat Los Blancos yang akan turun selaku pasukan pilihan.
Iklan
"Bagi kami, mempunyai peluang baru untuk membuktikan bahawa kami adalah raja Eropah sentiasa positif," kata kapten pasukan itu.
"Ia menunjukkan bahawa dengan kerja keras, pengorbanan, usaha dan konsistensi dalam tempoh masa yang panjang, anda boleh mendapat ganjaran, seterusnya membolehkan kami mengalami detik-detik seperti ini.
"Kami mempunyai peluang untuk bermain dalam perlawanan akhir yang lain dan membiasakan diri dengan pencapaian sepanjang beberapa musim lalu.
"Kami akan cuba membayar balik pengorbanan peminat kami dengan membawa mereka kebahagiaan memenangi UCL -- untuk tahun ketiga pasti menjadi impian.
"Semoga kami dapat melakukannya dan membawa pulang trofi itu dan meraikannya dengan penyokong-penyokong kami."
Bagaimanapun, pemain tengah, Luka Modric, berwaspada sambil memberi amaran terhadap kualiti yang dimiliki Liverpool seperti ketika mereka menewaskan Manchester City dan AS Roma.
"Mungkin mereka bukan pasukan kegemaran pada mulanya tetapi selepas menyaksikan aksi mereka, mereka layak berada dalam final ini," tambah Modric.
"Mereka mempunyai pasukan dan jurulatih yang baik. Kami menjangkakan perlawanan yang sangat sukar tetapi kami akan bersedia."
Must-Watch Video